Sunday, February 12, 2012
Hati yang Gersang

Gersangnya hati,
kering kontan.
Pasti tiada nur
-digelapkan kerana tak mahu rasa bersyukur.
Mari kita ajak minda berfikir sejenak.
Betapa sukarnya Nabi menegakkan wahyu utk umat nya.
Allah menjadikan Nabi sebagai model ikutan.
Siapa yg kau ikuti?
Semua Nabi adalah dari kalangan manusia,kerana utk manusia.
Mengapa manusia memilih lain utk dicontohi !
Terkinja-kinja itu bukan manusia !
Sedarlah.semaklah salahsilah
ikutilah Nabi,sedekat mungkin.
Ikutilah Rosul serapat yang dapat, Kenali mereka
Keluarga mereka ! Sahabat mereka !
itulah contoh terbaik utk kita sesama manusia.
Dicipta olehNYA agar menjadi idola manusia berfikir.
kerana mereka mahu membantu kita selamat didunia selamat diakhirat.....
Bagimana kenalkah kamu akan mereka ?
Ya Allah ampunkan daku.
Saturday, February 11, 2012
Anak-Anakku

Engkau pewaris ku didunia.
Pembela ku bila ku telah tiada.
Anak-anakku yang ku kasihi
Jangan lupa dunia hanya sebentar saja lagi.
Disana ada perigi
hanya amalan pembantu kita
Gaung itu kita yang gali,
dalamnya tidak ku pasti
agar kita tergulung dalam insan berjiwa besar
Agar kita menjadi insan yg bistari.
Anak-anakku.
Kehidupan bak pelangi
mewarnai begitu indah...
kehidupan itu ujian
agar kita menjadi manusia terbilang !
Subscribe to:
Posts (Atom)



