Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN



Ramadhan ......sampai lagi...
Puas ku menanti.......puas ku mengintai akan tibanya...lalui jendela
yg disediakan......belum----belum tiba jua......

Aku cari lalui lubang Isnin Khamis-ada kala aku lemas..aku mahu muRamadhan......subahanallah ku terus coba lagi...

Ada ketika juga akau hampir jemu takut tidak sempat bertemu mu...
Alhamdulillah..Detik tiba aku dipintu Muharam...terdetik juga dibingkisan hati..
sampaikah aku dipelabuhan ramadhan kerana ku kira kau masih jauh beberapa purnama.....
ku singgah dipelabuhan rejab....Bersyukur ku.......ooh tak berapa jauh lagi...

ku terima pesan dari hadith..terus berdoa agar sampai padamu....
Ramadhan....aduh aku takut tidak akan sampai....aku pinta pada Illah....
bawalah aku utk tiba diPelabuhan Syaaban.....dan jika boleh .....sampaikanlah aku keRamadhan.....

Tidak....Tidak Ya Allah.....aku mahu bertemu MU....tapi ku pohon agar pengadapanku nanti aku telah cukup bekalan...masih jauh Ya Allah...

Ternanti-nanti juga bila .....tapi dihati terbisik juga.....tunggulah umur...berilah lagi masa.....masih banyak wajib aku bereskan.....masih byk bekalan yg harus ku cari...agar pergiku nanti aku siap...itu aku minta Ya Rabb ku.....

Masih banyak lagi akan aku titipkan pd anak2....belum cukup lagi bekalan yg akan dibawa ....belum cukup juga ku tinggalkan agar anak juga bersedia memahami..manusia
akan pergi...semua bakal mati.......

Harta ku tiada.....aku juga mahu ank2ku dibekalkan ilmu yg banyak didada.......
Meninggalku nanti biarlah telah siap !..

Ya Allah ampunkan aku...bukan mempersenda....Ya Rabb...aku mahu matiku biar anakku
semua cukup ilmu ....biar mereka mewarisi kata2 Rosullullah SAW,biar mereka
membaca KitabMU....utk dihadiakan padaku...ikut segala yg kau perintahkan..jauhilah yang Engkau larangi..

Anak-anakku.....dekatilah DIA Yang Maha pencipta....demi keselamatan , demi sebuah Kebahgian,
Demi satu jalan yg ditunjukkan.....senandungkanlah Surah Fatihah itulah pesan....
Anak-anakku...rapatkanlah safmu.....jadilah AlQuran dan hadith sebagai wadah kebenaran.....berbaik-baiklah....bersamalah menghadiakan doa buat ibu mu.....jagalah tingkahlaku.....solatlah.....beramallah sebanyak mungkin...Tiba Ramadhan......ambillah peluang kejarlah pahala....dapatkanlah sebanyak mungkin...solat Terawih yg hanya dalam Ramadhan isilah sedapat mungkin walau bersendiri !
Duduklah aman damai...sebagai satu keluarga besar.....anak-anak kalian mengenali sesama mereka...ini yg ingin bonda pesan...

Ramadhan bulan barakah tiba lagi...Alhamdulillah.....Ya Allah Ya Illahi....sampaikan lah hajatku ini...dan makbulkanlah doa ku..

Ya Allah jadilah puasaku sebagaimana org2 yang benar2 berpuasa....ibadah ku seperti org yng benar-benar beribadah....malam ku diisi dgn menghambakan diri pada MU ya Allah.......agar tidur/rehat ku tidak lalai menyebut/mengingati mu ......

Bila tiba waktunya aku dijumput pergi...aku telah diampunkan segala kelalaian...diampunkan segala kesilapan besar atau kecil.....
Bila tiba waktunya bawalah aku dalam dakapan rahmatMU
Bersiap sedia..

Ya ramadhan Mu tiba lagi...damaikanlah hati-hati...hilangkanlah gelora menyinggah...YaRabb - izinkan lah aku mengutip segala janjiMu..memberi sebanyakkan mungkin pahala....dan makbulkanlah doa-doa ku....

1 Ramadahan 1432 = 1 ogos 2011.....

Marhaban Ya Ramdhan AlMubarak

Memulakan puasa hari esok 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432.....

Wednesday, July 27, 2011

Selagi ada nyawa-berkesempatan


Selagi nyawa diberi
kita masih sempat menghirup udara Nyaman anugerahNYA,
Selagi nyawa diberi kita masih sempat memperbaiki apa adanya
Segala kekurangan,segala yg tersilap tika sedar dan tidak.

Selagi nyawa diberi ingatlah kita masih diberi kesempatan hidup....
Ingat pada NYA,Ingat pada yg Mencipta .....mengapa kita diciptakan...
Ingatlah segala peraturan yg dicipta bersama setiap kelahiran....Perturan
agar manusia sentiasa sedar kita ini hanya dipinjamkan...sementara.
kita semua akn di jemput semula....mengadapNYA- Illahi......

Usah ditangisi pada yg pergi,dia telah diambil kembali kepada YG memberi.
Usah ditangisi pada yg memilih utk tidak kembali-walau nyawa masih diberi!Kerana dia sedang diuji....
Kita juga diuji !.Maka bertautlah pada Ya Robb mu.....DIA empunya segala...kita juga
empunya DIA.

tika satu hari aku juga dijemput pergi,usah kamu tangisi.
kita telah berjuang bersama menghidupkan hidup walau hati hampir mati.
Syabas anakku...kita berjuang bersama,berjuang terus meniti kehidupan yg terentap
menguji ketabahan.

Gembiralah anakku...kamu dan aku terpilih mengalami semua...
Agar kita Dekat dgnNYA-yang Maha Pencipta.........

Usah menagis anakku.
kita bersama telah bangun
mengharunggi keganasan dunia.
merentap segala yg istimewa...
Tetapi kita masih dapat merasai bayu....udara pemberianNYA.

Aku disini bersamamu anak-anakku
Aku masih berdiri dibelakangmu.
Merasai kehangatan pelukan YA Robb kerana nyawa masih menyelimuti badan.

katalah Alhamdulillah
Pada penciptaNYA.

Jgn ditangisi ....senyumlah ank-ankku
Itulah penawar mujarab Allah sediakan.
Terus,terus bangun dan sebutlah Subahanallah...
Allah mendengar dan mengasihani...
Kita terus bangkit dgn penuh ketakwaan.....

Salam sayang yg tiada penghujungnya......

Tuesday, July 26, 2011

Petikan dari Buku-Imam Yang Benar oleh Abdul Latip Talib.

Tertarik dgn kata oleh Imam Malik seperti yang tertulis dalam buku ini : Kata Imam Malik pada utusan Khalifah Harun Ar-Rasyid-(khalifah minta utusannya menjemput Imam Malik keBaghdad utk mendengar Imam malik membaca kitab al-Muwattak) ; " Sampaikan salam saya kpd Khalifah Harun Ar-Rasyid , dan sampaikan juga pesan saya , bahawa ilmu pengetahuan itu perlu didatangi bukan disuruh mendatangi ".

note : Memahami sekarang kata-kata sama diberi padaku oleh dua rakan ustazahku.Subahanallah.

Petikan Penulisan dari buku.

Pada musim haji khalifah Harun AlRasyid pergi mengerjakan ibadat haji. Beliau singgah diMadinah bagi bertemu Imam Malik.Khalifah memberitahu Imam Malik utk kerumahnya utk mendengar Imam Malik membaca kitab . Iman Malik memberitahu khalifah yg rumahnya yg tidak sepadan utk menerima seorg Amirul Muminin .

Khalifah memberikan sejumlah wang , (saya terkedu dgn kata2Imam Malik ),"Amirul Mukminin ,saya lebih selesa dgn kehidupan saya dan rumah ini adalah rumah sewa.Bukan hak milk ku,Tambahan pula umur saya yang dah tua,bila2masa malaikat amut akan mencabut nyawaku dan aku akan dipindahkan kekubur yg gelap dn sempit."Khalifah Harun Ar-Rasyid termenung seketika.

Imam Malik ambil juga wang itu tetpi disedekahkan kpd Fakir Miskin dan sedikit utk dibelikan perabot-perabot.

Khalifah menjemput Imam malik Istananya,pada mulanya Imam enggan,tetapi akhirnya berangkatlah juga Imam Malik menunaikan jemputan oleh Khalifah.Tetapi Imam Malik bertegas kehadirannya bukan utk membaca kitab,sekadar memenuhi undangan seorg pembesar Negara.
Khalifah ingin tahu sgt memgapa Imam enggan membaca kitab ditempatnya Imam menjawab, " Amirul Mukminin , Demi Allah yg mengangkat khalifah dgn jawatan yg mulia ini,saya harap jgnlah khalifah menjadi org pertama yg tidak menghormati ilmu."
"Saya bimbang Allah nanti akan merendahkan kedudukan khalifah.Sesungguhnya saya tidak menolak permintaan khalifah ,hanya saya berharap khalifah menghargai ilmu supaya Allah menghargai khalifah" Kata Imam Malik.

Khalifahpun mendengar nasihat-nasihat Imam , dan beriringan ke kediaman Imam Malik utk mendengar kitab Al-Muwattak....tetapi apabila penuh rumah Imam Malik . khalifah ,meminta semua keluar,Imam Malik pun berkata, " Amirul Mukmini, Allah mengurniakan ilmu kpd sekalian manusia,sekiranya org ramai tidak diber izin sama-sama mendengar isi kitab ini . pasti Allah tidak memberi rahmat dan berkat kerana didgr oleh seorg sahaja".

Khalifahpun akur dgn kata-kata Imam Malik, Imam Malik pula meminta org lain membaca kitab itu dgn berkata ," Pada hari ini saya dan khalifah sama-sama mahu mendengar org lain membacakan kitab AlMuwattak ".

Dengan mendengar kata-kata Imam Malik,Khalifah terus turun dari tempat duduk khas dan duduk dilantai bersama org ramai.

Note : Al Muwattak bererti Yang disepakati @ tunjang yang mengandungi hadis dan fikah oleh para ulama.

Friday, July 22, 2011

Redha pasti selamat......



Al-Maidah :Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kpd NYA..... ayat 119

Keredaan adalah buah keimanan.Org yg Redha akan ditinggikan darjatnya....dan akan mempengaruhi hatinya agar lebih berkeyakinan dan ketakwaan yg mendalam dan kuat mengakar.Pengaruhnya pula kejujuran dalam percakapan,kelakuan dan berperilaku.....siapalah kita dibandingkan pada penciptanya...Subahanallah....Allah hu Akbar.....


Surah Al-Ankabut ayat 2-3 : "Apakah manusia iaitu menyangka bahawa mereka dibiarkan (begitu saja dgn ) mengatakan : "kami telah beriman " sedangkan mereka belum diuji lagi. Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta.

mendapat kejayaan......



Berdakwahlah dengan niat hendak bersama2memperjuangkan syariat Allah yg diajar oleh Rosullullah saw.Lakukanlah dgn niat yang ikhlas kerana Allah swt dan untuk Agama Islam yang kita anuti ini.....semoga semua mendapat keredaan Allah.melakukanlah dgn sabar dan jgn sesekali berputus asa.....biarlah mereka menerima dgn kesedaran dan dgn kefahaman.....bersyukurlah tatkala menampakkan kejayaan...jangan tergesa-gesa , beristiqomah....jgn takut dan jgn kecewa....dgn ini bermakna kita semua telah menunikan sebuah amanah.....dan kita telah menyahut kewajipan sebagai seorg muslimin....dari suroh AlAnfal ayat 10 - " Dan kemenangan itu hanya dari Allah "

surah al-nahl ayat 125 " Serulah ( semua manusia ) kpd jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yg baik "

Hadith : Barangsiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya)dengan tangan ,jika ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dgn lidah,dan jika ia tidak terdaya cegahlah dgn hatinya.Jika sedemikian itu adalah selemah-lemah iman......

Hadith : jgnlah kamu menjadi org yg tidak tetap pendirian "Aku akan menurut org ramai.Maka jika org berbuat baik maka kita juga berbuat baik,jika mereka memilih utk terus berbuat yang dilarang Allah maka kita juga memilih utk ikut sedemikian; seharusnya jika pandangan mereka dan terus tidak mahu mengikut syariat yakni berbuat jahat,hendaklah kita menjauhkan diri dari berbuat seperti mereka.......

Wallahhualam.......

Astaghfirullah halaziim......

Pesan Imam Al-Ghazali



Nasihat itu mudah yg susah yang menerimanya.Semua adalah kerana hawa nafsu yg suka pada yg terlarang.
Terutama yg membuang-buang waktu dan mencari kebesaran diri dan bermegah.

Org yg berat menanggung siksa dihari kiamat ialah org yg berilmu namun tidak mendapat keberkatan dari ilmunya.

Pesannya - Yakinlah ilmu tanpa amalo tidat menyedarkan kita.
Carilah ilmu dgn niat menghidupkan syariat Rosullullah SAW.
-menyucikan hati dan memperbaiki budi pekerti.
-menundukkan nafsu dari berbuat kejahatan.
-Lakukanlah kerana Allah swt.


*HIDUPLAH SEBAGAIMANA MAHUMU NAMUN INGAT ! BAHAWASANYA SEMUA BAKAL MATI !

*CINTAILAH SESIAPA YANGT KITA SUKA NAMUN INGAT KITA AKAN BERPISAH DGNYA SATU KETIKA NANTI.

*BERBUATLAH SEPERTI YANG KITA KEHENDAKI TETAPI INGAT ! KITA AKAN MENERIMA BALASANNYA JUA.

*SENTIASA INGAT**************** BAIK = BAIK*********JAHAT=JAHAT*****************

yANG BERI INGATAN BERISTIGFARLAH......YANG MENERIMA INGATAN BERTAHMID.....PASTI MENDAPAT RESTU ALLAH...DARI ALLAH DAN IERANA ALLAH.....

Doa Harian........

Cukuplah Allah Yang Memelihara aku, tiada Tuhan melainkan DIA,kpdNYA aku bertawakal dan DIA Tuhan Yang Memiliki "Arasy Yang Agung".....

Semoga Allah akan memenuhi hajatnya dan menghilangkan segala kerisauannya.....

Thursday, July 21, 2011

Pelajaran kedua Amat Penting....


Tika Hendak membuat Insurance dan Road Tax Tetapi Geran Hilang atau Rosak.

Langkah-Langkah yang Perlu diambil :

1) BUAT LAPORAN POLIS DIMANA2 BALAI POLIS - GRANT HILANG DAN / ATAU ROSAK
2) BUAT SALINAN PENGESAHAN HAK MILIK GERAN - DIMANA-MANA JPJ RM20.00
3) BUAT PEMERIKSAAN DIMANA-MANA PUSPAKOM RM 20.00
4) HANTAR BORANG YG LENGKAP KE JPJ DIMANA KENDERAAN DIDAFTARKAN BERSAMA SALINAN BORANG HAK MILIK DAN WANG POS RM20.00

****SALINAN GERAN AKAN DIKELUARKAN SELEPAS 3 HARI BERKERJA****

Doa-bacalah dan mintalah....Hanya padaNYA


Kami telah memasuki waktu pagi / petang dan kerajaan hanyalah milik Allah Tuhan semesta alam.Ya Allah ! Aku memohon kpdMu kebaikkan hari ini , kemenangannya , pertolongannya,cahayanya,berkatnya dan petunjuknya.Dan aku berlindung kpdMu dari keburukkan hari ini dan keburukkan apa yg ada didalamnya serta keburukkan hari ini dan keburukkan apa yg ada didalamnya serta keburukkan hari ini dan keburukkan sebelum dan sesudahnya...(Riwayat Abu Daud dari Abu malik Al-Asyari r.a.)

Wednesday, July 20, 2011

Menghancurkan kebanggaan.........:-))


assalamualaikum Kitabul Wajah.........

Lama tak menjenguk mu......Satu kebangaan yg telah punah......lebih baik lagi ada pengalaman.....
itulah pengalaman.

selama telah boleh memandu.....Alhamdulillah pernah terasa bangga tak pernah mengalami kemalangan......maksudnya ketabrak dan ditabrak...Astaghfirullah hal aziim......tetapi pagi tadi ku telah berhadapan dgn satu pelajaran amat bernilai......Nasib baik kecil tetapi pelajarannya amat besar....

Tetapi dalam hati ku jgnlah aku menghadapinya lagi. Anyway pelajarannya ialah..:

1) Jgn panik.
2) Parkir kereta ketepi / kehadapan /janji tempat yg tidak menggangu lalu lalang kenderaan lain
3) bertenang tenguk org berkenaan.
4) Tgk kenderaan sendiri.
5) bincang dgn baik
6) ambil no kenderaan
7) ambil nama empunya / penunggan /penyetir
8) ambil ic no.
9) ambil gambar kenderaan.
10) Tak boleh selesai buat Polis report.
11) Jika selesai dgn baik,buat report simpan mungkin diperlukan.