Thursday, December 24, 2009

Suroh Kahfi 1

Pengertian Suroh Al-Kahfi.
_______________________

Suroh Al-Kahfi adalah surat suroh nyang dalam urutan di dalam AlQuran adalah suroh ke 18 dan terdiri dari 110 ayat.Ia termasuk golongan Suraoh Makiyyah-turun di Mekah.Al-Kahfi bererti Gua dan Ashabul Kahfi ertinya Penghuni-penghuni gua.Kedua nama ini diambil dari cerita ayat 9 hingga 26.

Intisari Isinya.
_____________
-Keimanan.
_________

Kekuasaan Allah SWT.Bagi memberi daya hidup pada manusia diluar hukum kebiasaan;dasar-dasar tauhid serta keadilan AllahSWT tidak berubah utk selama-lamanya.
Kalimah-kalimah Allah ;IlmuNya amat luas.Ia meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak mampu utk menulisnya.Kepastian datangnya hari kiamat((ayat 47) serta AlQuran adalah kitab suci yang ianya bersih dari kekacauan dan kepalsuan.

-Hukum-hukum.
_______________

Dasar hukum ;larangan membena masjid diatas kubur;Hukum menyebut InsyaAllah(ayat 24) pada perlakuan seharian;perbuatan salah yang dilakukan kerana terlupa adalah dimaafkan;kebolehan merusak sesuatu barang utk menghindarkan bahaya yang lebih besar.

-Kisah-kisah.
____________

Cerita Ashabul Kahfi;cerita dua org lelaki seorang kafir seorang lagi mukmin.Cerita Nabi musa as. dengan nabi Khidir as.Cerita Dzulkarnain dgn Yakjuj dak makjuj.

bersambung..........

Friday, December 18, 2009

Doa awal TAHUN HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1431
Bismilla Hir Rah ma Nirra hiim.
_______________________
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kpd junjungan kami Nabi Muhammad SAW berserta para keluarga dan sahabatnya .
Ya Allah , Engkaulah Yang Abadi, Dahulu lagi Awal.Dan hanya kpd anugerahMu yang Agung dan kedermawananMu tempat-tempat bergantung,dan ini tahun baru benar-benar telah datang.Kami memohon kpd Mu perlindungan dalam tahun ini dari godaan syaitan , kekasih-kekasihnya dan bala tenteranya . Dan kami memohan pertolongan utk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekati diri kami kpd Mu wahai Dzat yang memiliki ke Agungan dan keMuliaan.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat dan keselamatan kpd junjungan kami Nabi Muhammad SAW berserta para keluarganya dan sahabatnya...Amiin

Tuesday, December 15, 2009

Erti-Doa selepas baca Ya Sin

Bismillahhirohma Nir roh him..
Al Fateha.
Ya Allah bahawasanya kami memohon penjagaan Mu dan aku menyerahkan kpd Mu agama kami , diri kami , kluarga kami , anak-anak kami , harta benda kami dan apa saja yg telah Engkau berikan kpd kami.
Ya Allah , semoga Engkau menjadikan kami dalam penjagaan , tanggungan dan tetangga Mu dari godaan syaitan yang mnggoda orang-orang kejam , zalim dan derhaka dan dari kejahatan penjahat ,sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu .
Ya Allah , perelokkan kami dgn kesihatan dan keselamatan dan sejatikan kami dgn takwa dan istiqomah.Jagalah kami dari penyesalan, kerana sesungguhnya Engkau Maha Mendengarkan doa.
Ya Allah ampunilah kami kedua orang tua kami,anak-anak kami , guru-guru kami , saudara-saudara kami seagama , sahabat-sahabat kami , kekasih-kekasih kami , org yang mengasihi kami kerana Mu ,dan semua orang yang berbuat baik pada kami ,orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan dan orang yang beragama islam lelaki dan perempuan,wahai Tuhan semesta alam.
Limpahkanlah kpd kami kesempurnaan mengikutinya lahir dan batin , dalam keadaan sihat dan selamat dgn rahmat Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari yang penyayang .
Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keselamatan kpd seorang hamba dan utusanMu yaitu junjungan kami Nabi Muhammad SAW berserta para keluarganya dan sahabatnya.
Ya Allah pada Mu ku serahkan segala-galanya dan permudahkanlah urusan ku didunia dan akhirat.
Perkenankanlah doa-doa ku Ya Allah Tuhan Maha Pengasih lagi Penyayang.

Amin Ya Ro bal 'alamin........

Monday, December 14, 2009

Sambung Fadhilat

4.Dapat meringankan siksa kubur.
Dari Anas ra. bahawasanya Rosullullah saw bersabda yang bermaksud: Barangsiapa masuk ke perkuburan lalu membaca suroh YA Sin maka Allah meringankan siksa ahli kubur pada hari itu dan pembacaannya memperoleh kebaikkan sebanyak orang yang ada didalamnya.
(Al Fateha untuk Ninda-Ninda kita dan pak cik pak cik kita yang telah tiada juga muslimin muslimat)
5.Jika dibaca pada malam jumaat maka mendapat keampunan.Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rosullullah saw bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca suroh Ya Sin pada malam Jumaat, maka paginya mendapat keampunan.

6.Dengan membaca suroh Ya Sin dapat memperoleh kemudahan.Disebutkan dalam hadith Ad Darini dariSyahr bin Hausab ia berkata.Ibnu Abas berkata :Sesiapa yang membaca Ya Sin diwaktu pagi , maka akan mendapatkan kemudahan dihari itu hingga ke petang.Dan sesiapa yang membacanya dipermulaan malam maka akan mendapat pada malam itu sampai kepagi.

7.Aurad suroh Ya Sin untuk mendapat berbagai hajat.Dalam kitab Sa'adatud Darain yang diktip dari Minhajul Hanif disebutkan , ada faedah yang besar sekali untuk mendatangkan berbagai hajat dengan aurad Ya Sin.Caranya dengan membaca suroh Ya Sin 7 x sewaktu selesai solat subuh.
Peraturannya(ambil Dari kitab hadiah dari Mak Lang Singapura-Terima kasih Mak Lang-AlFateha untuk Almarhum Pak Lang).
-Bacalah lafaz Ya Sin 7 x
-Bila sampai ayat ke 38 (zalikal tak dirrul 'azizul 'alim) bacalah 14 x.
-Bila samkai ayat ke 58(salamung kau lam mirrobbir rohim) bacalah 7 x
-Bila sampai ayat ke 81(A wa laisal lazi kholaqos samawati wal ardho biqodrin 'ala aii yah luqo mithlahum balaa waahuwal kholqul 'alim)bacalah 12 x

Setelah selesai bacalahBasmallah & suroh AlFateha.Selepas itu mohonlah pada Allah swt akan hajat-hajat kita.Mintalah dengan terang dan bersungguh-sungguh.Asalkan kita minta yang baik-baik bukan yang buruk atau untuk membahayakan orang lain.
Dari Abdullah bin Zubair,bahawa Rosullullah SAW bersabda yang bermaksud :Jika sesiapa menjadikan suroh Ya Sin di permulaan hajatnya ,maka hajatnya akan dimakbulkan .

8.Apabila suroh Ya Sin dibaca ditengah malam sekurang-kurangnya 4 x atau 35 x secara berterusan maka khasiatnya dapat memperluaskan rezeki dan melancarkan datangnya rezeki tentunya setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.Begitu juga jika di baca 41 x.

Yangbaik semua datng dari Allah keran kita manusia yang melakukan kezaliman di atas muka bumi ini.Maka pada Allah kita berserah pada NYA juga tempat kita mohon pertolongan.

Salam Silatur rahim.

Sunday, December 13, 2009

Fadhilat & Khasiat Membaca Ya Sin

Suroh Ya Sin merupakan jantung AlQuran.sehingga mempunyai fadhilat dan khasiat yang banyak sekali bagi pembacanya.
Antaranya:
Jika di bacakan pada orang yang sedang mengampiri mati(Nazak),dapat mempermudahkan dan mempercepatkan keluar rohnya,dengan izin Allah.Sabda Rosullullah yang bermaksud:
"Bacakanlah untuk orang(yang akan mati) suroh Ya Sin.(HR Imam Abu Dawud)
2.Dengan membaca suroh Ya Sin Allah mnetapkan pahala seperti membaca AlQuran 10kali.
dari Anas ra ia berkata :Rosullullah saw bersabda yang bermaksud:
S"Sesungguhnya setiap sesuatu ada jantung hati,sedangkan jantung hati AlQuran adalah suroh Ya Sin..,maka Allah menetapkan baginya seperti membaca AlQuran 10 kali...
3.Dapat memberi syafaat bagi pembacanya,memberi keampunan pendengarnya,mendapatkan kebaikkan didunia,hilang ketakutandiharikiamat,menolak kejahatan dan datanglah segala hajatnya.Dari Aisyahra bahawasanya Rosullullahsaw bersabda yang bermaksud:
"Bahawasanya didalam AlQuran itu ada satu suroh yang dapat memberi syafaat kepada pembacanya dan memberi keampunan bagi pendengarnya,ketahuilah yaitu suroh Ya Sin,yang dalam Taurat dinamakan'AlMuammah'.Ditanyakan :Ya Rosullullah,Apakah AlMuammahitu?Beliau bersabda:"Yang menjadi penyebab bagi orang yang membaca dan mendengar mendapatkan kebaikkan didunia dan menghilangkan ketakutan diakhirat.Dan suyor Ya Sin itu juga disebut AlDaffi'ah dan Al Qadiyah.Ditanyakan oleh nsahabat :Ya Rosullullah mengapa demikian ? Beliau bersabda "Kerana dapat menolak kejahatan dan dikabulkan segala hajatnya bagi orang yang membacanya.
Jumpa lagi.....

Saturday, December 12, 2009

Suruh Yasin

Bis Milla Hir Rahma Nir Rahim..
_________________________
Suroh Yasin adalah suroh yg ke-36 dari urutan AlQuran.Mengandungi 83 ayat termasuk golongan suroh-suroh Makkiyyah.Dinamakan suroh Yasin kerana suroh dimulakan dgn huruf Ya Sin.
Intipati suroh ini mengandungi:

1. Keimanan.
__________
Bukti-bukti adanya hari berbangkit;AlQuran bukanlah syair;ilmu;kekuasaan dan rahmat Allah.
Syurga dan sifat-sifatnyayg disediakan bagi org-org mukmin;mensucikan Allah dari sifat-sifat yg tidak layak bagi-Nya;anggota badan manusia mnjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatan didunia.

2.Kisah.
________
Kisah utusan-utusan Nabi Isa as dgn penduduk Anthakiyah

3.Dan lain-lain:
___________
Tidak ada faedah peringatan bagi org-org musyrik;Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan;semua bintang-bintang dicakrawala berjalan pada garis edar yg telah ditetapkan Allah;ajal dan hari kiamat dtgnya secara tiba-tiba;Allah menghibur hati Rosullullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yg menyakitkan hatinya

bersambung.....

Friday, December 11, 2009

Doa 2

Doa bererti permintaan secara langsung kpd Allah.Sesiapa berdoa menunjukkan sikap seorang yang merendah diri dan mengaku pada Allah yang kita adalah hambanya dan amat kerrdil disisinya.
Seseorang yang berdoa adalah mereka yang mengagungkan Tuhan serta mengaku segalanya datang dariNYA.Tiada apa yang boleh menukar takdir selain doa.Betapa pentingnya doa itu bagi kita yang mentauhidkan Allah.Pasti Allah saja yang tahu apa yang terbaik bagi hambaNYA.
Kita berdoalah untuk mendapat rahmat nya.Pasti Allah akan memakbulkan doa-doa kita dan kita akan dekat dengan rahmatNYA dari kebaikkan kebaikkan kita.Doa yang tersurat datang dari kita duduk dan mengangkat tangan meminta dariNYA secara bersungguh-sungguh.Juga perlakuan kita juga doa yang tersirat(rujuk dpd Bicara Mufti 12hb Dec 09-6.30 pagi) .Apa ada dalam hati juga doa kita.Maka itu ibu-ibu hendaklah selalu berhati bersih kerana keakraban kita dgn anak-ank.Bila kita marah kita harus kawal kemarahan kita.Bila datang kemarahan.....ambil wuduk...Nabi SAW bersabda dalam hadithnya Apabila marah jika kita berdiri duduklah,jika kita sedang duduk berbaringlah.Yang paling baik ambil wuduk dan solat dua rekaat.Jangan ikut emosi marah banyak perkara bodoh boleh berlaku....kerana marah datang dari syaitan....sebutlah nama Allah dan beristighfar.....Kerana setiap yg kita sebut atau dihati serta kelakuan kita adalah doa.....
Percayalah Allah sebut byk kali dalam AlQuran.Engkau mahu sesuatu mintalah dari KU.Sehingga mereka yang tidak berdoa menunjukkan sikap angkuh yang tersirat dihatinya.....
Umur kita juga telah ditetapkan.Begitu juga rezeki kita...tetapi doa saja yang akan menambahkan umur serta rezeki dgn perkenan Allah.Maka berdoalah......
Buka AlQuran dan bacalah ayat 54 _59 suroh Al A'Raaf:
Semoga kita mendapat pertunjuk ALLAH.

Thursday, December 10, 2009

mencari ilmu

Salam sayang.
Kita buat sesuatu kerana AllahSWT.Carilah ilmu.Cari dari semudah-mudahnya,consistent dan jangan mengharap sesuatu.Datanglah ikhlas.
Ikhlas datang berganding dengan hak-hak manusia.....
Mari kita menyampaikan sesuatu kerana Allah.Bukan untuk merubah seseorang tapi kita lakukan kerana Allah.Percayalah jika kita buat kerana Allah kita akan berasa puas kerana telah melakukan kerana menyampaikan ilmu, demi Allah yang mahu kita lakukan semua itu.
Kita mencari keikhlasan tetapi jgn lupa hak manusia lain.Cuma bahayanya bila kita mengharap.Biasa kan dengar "kurang keikhlasan".Maka apa yang sepatutnya berlaku kita beri sebelum orang yang telah berkongsi kebaikkan meminta.Sebab ikhlas tidak menafikan hak manusia lain.
Apabila manusia mati kita tinggalkan tiga perkara.
Sebelum mati ingat lah 5 perkara sebelum datang lima perkara.


Salam interaksi

Doa

Hari in hari jumaat 11hb December 2009.
BIARLAH BONDA BERKONGSI DOA YANG BONDA TAHU....BONDA AMBIL DARI SEBUAH KITAB YANG AKAK BONDA HADIAHKAN PADA BONDA KIRA-KIRA TIGA TAHUN LALU.
SALAM PADA USTAZ YG MENGAJAR KAKAK,SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN ALFATEHA UNTUKNYA.
KAK MINTA HALAL YA KAK ILMU YANG AKAK SUDI BERKONGSI DGN KU.....
IA BERTULISAN ARAB...TAPI BONDA SUKA AMBIL TERJEMAHANNYA SEBAB BIAR KITA FAHAM.....JIKA ADA YANG MAHUKAN DALAM BACAAN ARAB(TAPI TERPAKSA BONDA ROMANISKAN)BONDA TAK ADA KEKUNCI JAWI.
BOLEH DILAKUKAN BILA-BILA MASA SEBAIKNYA LEPAS SEMBAHYANG LIMA WAKTU ATAU ADA MASA TERLUANG TIKA REHAT-REHAT.KITA MULA DGN BERISTIGFAR.LEPAS ITU BERSELAWAT.BACALAH ASMAUL HUSNA SEHINGGA HABIS.
SELEPAS KITA BERZIKIR DGN SEBUT 99 NAMA2 ALLAH- ASMAUL HUSNA.....
BISMILLAH HIR RAH MAN NIR RAH HIIM.....
KAMI MOHON KEPADAMU YA ALLAH DGN SELURUH NAMA-NAMAMU,SAMA ADA KAMI KETAHUI MAHUPUN YG KAMI TIDAK KETAHUI DAN SETIAP NAMA YG ENGKAU NAMAKAN DZATMU DGNNYA ATAU YG ENGKAU TURUNKAN DLM KITABMU(ALQURAN ATAU YANG ENGKAU SIMPAN DLM PERBENDEHARAAN GHAIB YG ADA PADA SISIMU).JADIKANLAH ALQURAN ITU SEBAGAI PENENANG HATIKAMI,CAHAYA DADA KAMI,PENGHILANG SEGALA KESUSAHAN KAMI,PENGHAPUS DUKACITA DAN KERISAUAN KAMI,KABULKANLAH SEGALA HAJAT KAMI(JIKA KITA ADA HAJAT KITA BOLEH SEBUTKAN DISINI-SYARAT MINTA YANG BAIK-BAIK).SEMOGA SELAWAT SERTA SALAM TERCURAH KEATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGANYA SERTA PARA SAHABATNYA....SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM..........

Dunia sementara

Assalamualaikum wbt ank2 ku yang ku kasehi.

Bonda sentiasa mengikuti program motivasi biar dipeti television mahupun di akhbar atau siaran radio.Kegemaran bonda dari radio IKIM, dab Sejak dulu lagi sememangnya bonda suka membaca berkenaan memotivasikan diri.Bonda suka Dale Carnegie dan Richard Carlson.

Terima kasih pada Pn Suzanah Ghazali keran mengingatkan bonda dgn nama besar itu satu ketika dulu,sebab ketika itu kita masih belum ramai Pakar Motivasi.Alhamdulillah sekarang ramai sungguh.Sehingga Cucu saudara sulong bonda Indah Hastuti Jailani juga dah jadi counselour.Oh tak lupa pada Mohd Sharil A Jalil juga.

Oh cepat masa berlalu.Nampak semangkin tua kita.Dulu bonda berjumpa orang ramai,maka bonda suka nak tahu cara-cara berinteraksi dengan khalayak ramai.Benar dgn membaca ia banyak membantu. Ramai pakar-pakar counselour yang bonda minati diMalaysia .Banyak juga bonda perhabis duit untuk buku-buku serupa itu.Pada bonda,bonda suka membaca.Bonda tak pegi ke Universiti.Pembacaanlah yang memberi bonda banyak ilmu.

Pagi tadi melalui siaran TV 9 Dr Rubiah Hamzah bersiaran,bercakap tentang Merawat hati yang luka.Malangnya bonda tidak bersedia dengan buku nota.Terasa rugi.Dgn menonton rancangan ilmu byk yg bolih kita pelajari.Bomnda suka Anak2 mengisikan setiap pagi dgn kata-kata nasihat.Byk sekali.Forum Perdana,Forum Forum diskusi,Halaqah,Semanis Kurma,Tanyalah Ustaz , Motivasi Diri,WHI ,kini 114 sarat dgn rancangan Ilmu serta Agama dan banyaklah yang lainnya.Perut kena kenyang Rohani juga perlu santapan.Kehidupan akan lebih terarah kpd kebaikkan.

Apa yang dapat bonda kutip :kita mesti sentias berfikiran bersih dan positif.Jangan ada sedikitpun perasaan yang akan membawa pada kesedihan sedangkan sepatutnya kita bersedih.Maksudnya mungkin ambil lah segala apa perkara yang berlaku sebagai satu perkara mengajar kita berfikiran terbuka.Jangan fikirkan sangat.Sentiasa bersedia menerima dengan baik.Jangan sempitkan pemikiran.Usah bersedih terlalu lama...kita kena bersiap siaga.

Bak kata Dr Rubiah Hamzah mahu kita cepat mengatasi kesedihan dengan perasaan ceria.Lupakan dan bangun merawat hati kita.Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang mengubati hati kita ini.Jangan terlalu lama melayan emosi.Dr Agm juga ada rumusan tersendiri.Mulakan dari diri kita sendiri,mulai dgn yang kecil dan mulaikan sekarang.Jgn ditunggu-tunggu membuat kebaikkan.Bersihkan hati selalu.

Satu lagi yang ibu kagum ialah Pn Suzanah sendiri yang ibu lihat dia cukup tabah mengharungi dugaan.Sejak keworkshopnya juga yang memberi Bonda banyak inspirasi untuk teruskan sisa kehidupan.Ujian Allah adalah untuk menguatkan kita.Ya Allah mudahkanlah jalan hidup kita semua.Semua yang kita lalui mengajar kita Allah mahu kita dekati DIA.Baiklah kita diingatkan dari kita lupa.Semoga Akhir kehidupan kita Allah pandu kiarah yang diRedhoi dan dirahmati.Dunia Akhirat semua dengan baik.

Jangan diharap sangat orang lain.Walaupun berjumpa counselour,Dr Psykatris satu usaha.Juga bercerita dgn kawan-kawan yang dipercayai.Akhirnya kita lah yang membuat keputusan.Hendak terus bersedih atau mahu keluar dan bergembira utk merasa kebahgian.

Lupakanlah duka nestapa itu.Lagi pula buat apalah nak bersedih dunia ini sementara.
Satulah yang bonda kutip dari semua ini Buat Kebaikan dan kumpullah pahala biar Allah yang menentukan semuanya.Kita diduga kerana Allah nak tinngikan ketakwaan kita pada NYA.

Salam Interaksi.

Tuesday, December 8, 2009

kita ini sama di sisi Allah

ASSALAMUALAIKUM.

Kita semua sedar kehidupan kita didunia ini sementara saja.Masing-masing kita akan tahu kehidupan abadi adalah selepas ini didunia akhirat.
Maka seharusnya kita mesti bersiap sedia untuk itu.Walau khidupan didunia ini perlu kita mesti seimbangkan kedua-dua kehidupan itu.
Melihat pelbagai yang berlaku didunia pasti seseorang yang beriman akan sedar kiamat akan berlaku dan benar...bila? Allah saja yang tahu.
Untuk itu marilah kita bermuasabah bersama untuk kepentingan diri kita juga manusia sejagat....


Salam Interaksi.