Friday, August 5, 2011

Petikan dari pembacaan-Kaabah


Kaabah :

Kaabah adalah bangunan suci bagi Muslimin yang terletak diKota Mekah diMasjidilharam . merupakan bangunan yang dijadikan arah (Mengadap) solat bagi umat Islam diseluruh dunia sampai hari kiamat.Bangunan ini dibangun pada Zaman Nabi Ibrahim dan nabi ismail a.s.

Pada awalnya Bangunan Kaabah ada dua pintu.Dan pintunya terletak atas tanah.
Diwaktu zaman Jahiliah , sebelum diangkat Nabi Muhammad Rosullullah SAW menjadi nabi sampai kepindahannya keKota Madinah, Kaabah penuh dikeliling dgn patung-patung yg merupakan tuhan bangsa Arab.Setelah pembebasan kota Mekah.

Di saat renovation Kaabah - akibat banjir - kaabah hanya ada satu pintu serta ada bahagian Kaabah yang tidak dimasukkan kedalam bangunan Kaabah yang dinamakan Hijir ismail yang diberi tanda setengah lingkaran pada salah satu sisi Kaabah.

Dari dulu juga bangunan ini diamanahkan kepada Bani Syaibah sebagai pemegang kunci Kaabah.
Pentadbiran dan melayani Ibadah Haji disusun oleh pemerintah .Sejak dari Khalifah Abu Bakar ,Umar bin Khatab, Utsman bin Affan ,Ali bin Abi Talib , Muawiyah bin Abi Sufyan.Dinasti Umaiyah ,Dinasti Abbasyiyah,Dinasti Usmaniyah Turki hingga saat ini - Pemerintah Kerajaan Arab Saudi yang bertindak sebagai pelayan dua kota suci ya itu Mekah Dan madinah.

Imam Malik telah mempertahankan bangunan ini dari direnovate ketika Pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid dan Ketika pemerintahan Abahsyiyah ingin membuat renovation lagi.Maka bentuk kaabah tetap sesuai dgn Renovasi Khalifah Abdul malik bin marwan hingga sekarang.

Dari AlQuran The Miracle.

Thursday, August 4, 2011

sambung cerita 3

Dugaan :

1}Tiba-tiba ayah anak2ku mahu menarik diri .Dia berbelah bagi.Dia memberitahu, jika aku mahu juga pergi tahun itu ,"Pergilah dulu dgn anak bongsu".
Alhamdulillah tak lama semangatnya naik semula,setelah ketua diJabatannya memberi dorongan.
Rakan dan keluarga juga sama membantu mendoakan.
Mulalah keazaman kami semula....
Langkah Pertama keTabung haji.
Aduhai kami dijadualkan tahun 2007 - tarikh yang kami terima ketika saya buat pendaftaran.
Anak pula tak ada Simpanan DiTabung Haji.
Berbual dgn Staff diTabung haji,semua memberi semangat agar jangan risau.
Nama dalam list menunggu.
Duit CPF saya belum terima.

Berdoa terus.Terus berazam.

Sambung ......

sambung cerita haji 2

Setelah lama...ditahun 2005 maka berkatalah hati aku nak pergi.Berbincanglah ayah anak2ku......dia pun bersetuju.Cek duit,suami (tika itu)-cukup dah simpanan....aku ni...sebabnya walau ayah anak2ku ada beri sumbangan utk ku melalui tabungan diTabung Haji-susut disebabkan wang itu telah di gunakan sedikit kerana memperbiki dapur kerana dimakan anai2.Terus membetulkan verendah rumah dan pasang Tile di porch hadapan rumah kerana anak2nikah kawin....kenalah elokkan sedikit.....duit simpanan juga telah digunakan utk majlis perkahwinan-tokok mana yang diperlukan.....adoi panik juga....bagaimana yer.....

Tetiba ada berita aku boleh keluarkan duit CPF..ahha....Ya Allah....Aku sujud syukur...bermula cita-cita itu muncul semula dgn keazaman diri yg amat kuat.......

Mula2 buat urusan keluarkan wang......Papp......tak susah...Syukran Ya Allah Engkau permudahkan.......Alhamdulillah...

Persediaan 1.....dalam segi pergi ke kelas-kelas yg dianjurkan utk melakukan Ibadah haji- Alhamdulillah aku sentiasa ikuti sejak aku bersama Badan Kebajikan Angkatan Tentera.Setiap kali ada kelas aku akan ikuti.Tapi blurr !!!!!!Taktahu apa-catch no ball....banyak hilang dari yg terkey in dalam kotak minda.......

Meneruskan juga keceramah-cerama haji dimana2.Mujur semua Percuma ! Syukur dapat pergi...sering dgn kwn2yg mmg nak pergi.sering kawan2kata..."Asmah ,Your name is there.I have called you whilst I was
there".Ya Allah .Pasti Berkat doa-doa kawan2juga yang membuat hati ini terus rindi utk keTanah Suci.

Suka menziarah kawan yang nak pergi,dan suka menyambut mereka pulang.Tak lupa utk meminta mereka membawa salam saya Ke Baitullah serta ke Masjid Nabawi, agar mereka mendoakan saya dapat kesana.
Suka berbual hal2Ibadah haji.Tapi mendengar sajer..tak tahu apa nak tanya.....
Awal tahun 2005 mmg semangat semangkin berkobar-kobar.Ditambah pula Arwah abang yg sentiasa mengingatkan, " jgn tak jadi...jadikan pergi:|",katanya pada ku selalu......jangan risaulah....

Terus berdoa agar Allah menjemput kami.Hati dah tekad dan bulat semmangnya nak mengerjakan Rukun Islam kelima-IBADAH HAJI.

Sambung.

Cerita Hajiku......1

Dah agak lama , hujung pergi 2005-pulang awal 2006.

Tika itu tidak terfikir utk menulis.....utk berkongsi......Allah! bodoh betul aku rasa....buat juga sedikit-sedikit Nota...buat juga potongan2akbar...ambil juga gambar......melalui Hp jer......
tetapi kerana tidak begitu bersungguh ...tak tahu mana akhirnya letak gambar2itu.....HP pula(anak punya-saya tak ada)hilang pula.....begitu juga Hp ayah anak2ku......Maka penulisan ini akan mengikut aliran ingatan yg agak terbatas...dan lupa-lupa ingat...tapi akan diusaha juga.

Mukaddimmah.

Telah bercita-cita utk ke Haji seawal 1966...aku hanya berumur 12 tahun,sebagai anak bongsu Arwah ibuku ingin membawa ku bersamanya..ketika itu masih naik kapal laut...tak diizinkan(bukan rezeki) maka aku tak ikut....

Meneruskan kehidupan dan keinginan sekali lagi,nak buat Umrah...tika itu aku berkerja dgn Syarikat Penerbangan.....sudah bertunangan....Tunang ku(ayah anak2ku) cadangankan biar pergi bersamanya.
Sekali lagi tak cukup kuat dan juga belum diIzin Allah lagi.Terbantutlah...
Tapi masih menghantar Jemaah ke Jedah..Pesawat kami tidak night stop situ,night stop diDubai atau Bahrin....tidak boleh pergi lagi...

Begitulah jika Allah belum izinkan dan diri tidak cukup keazaman...maka tertangguh-tangguh .

Msg : Selain rezeki kesihatan,wang...keazaman harus kuat :-))

Bersambung.....

Wednesday, August 3, 2011

kumpulan doa2dari pembacaan dan yg dikongsi dari rakan2

Doa (1) Memohon Keampunan Dosa 2 kita dan dosa ayah-ibu.

Dgn Nama Allah Maha pengasih Penyayang.
Ya Allah ,ampunilah dosa-dosaku dan kedua-dua ibubapaku dan kasihanlah keduanya sebagaimana keduanya telah mendidikku sejak kecil.Ampunkanseluruh orang-orang yg beriman laki-laki dan perempuan serta orang-orang Islam laki-laki dan perempuan,mereka yang masih hidup dan sudah mati.Dan ikutkanlah antara kami dan mereka dgn kebaikkan.Ya Allah , ampunilah dan sayangilah,dan Engkaulah sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.Tiada daya dan tidak ada kekuatan melaikan dgn pertolongan Allah tang Mha Luhur lagi maha Agung.

Amiin......

________________________________________________________

Tasbih Mohon dibebaskan dari Hutang (ertinya dalam bahasa Melayu)

Maha suci Dzat yang menghilangkan dari setiap org yang berhutang.Maha suci
Dzat yg membuka dari setiap orang yang kesusahan.Maha Suci Dzat yang urusannya berada diantara Kaf dan Nun.Maha suci Dzat yang keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kpd nya : Kun fa ya kun.

Wahai pembuka kesulitan (kesusahan) wahai Dzat yang hidup lagi Berdiri sendiri Limpahkanlah rahmat dan keselamatan kpd junjungan kami Nabi muhamad SAW berserta para keluarganya dan sahabatnya....


Tasbih dari Arab diromaniskan.

Subahanal-munaffisi 'an kulli madyun Subahanal-mufarriji 'ankulli mah zun,Subahana man kana amruhu bainul kafi wan nun,Subahana man iza arada syai'an ay yaqula lahu kun fayakun,ya mufarrijal - humumi wa ya hayyun ya qayyum salli wa sallim 'ala sayyidina Muhammadiw wa 'ala alihi wa sahbihi wa sallim....

Kumpulan Doa-Doa.........

erti Doa Mohon Husnul Khatimah.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Penyayang.

Ya Allah , semoga Engkau mengakhiri hidupku dengan penghabisan bahagia.Dengan keteguhan iman dalam agamaMU Islam.Jadikan kami termasuk golongan orang-orang yang mereka-mereka ini memperolehi kebaikan syuga dan tambahannya (melihat Dzat Allah),berkah kemuliaan junjungan kami nabi Muhamad SAW yang memiliki syafaat dan para keluarganya serta sahabatnya yang memiliki keutamaan,juga yang memiliki keteguhan , dan penghulu kami yang memiliki rahmat dan keselamatan . Selawat dan salam pada penghulu kami Nabi jungjungan,berserta para keluarganya dan sahabat-sahabatnya.Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Amiin...Amin...Amiin.....

Tuesday, August 2, 2011

Ilmu - Petikan dari pembacaan-Maqam Ibrahim



Maqam Ibrahim adalah batu bekas telapak kaki Nabi Ibrahim ketika membangun Ka'bah. Bekas kedua telapak kaki itu dalamnya 10cm,Batu tersebut berukuran panjang 27cm dan lebar 14cm.Jarak diantara kaki kanan dan kaki kiri 1cm.

Diatas batu tersebut ,Nabi Ibrahim berdiri dan menjadikannya sebagai tangga utk membangun Kaabah.Saat ini,Maqam telah dilapis perak,tetapi bekas telapak kaki masih terlihat dengan jelas.Letaknya lebih kurang 8 meter dari Ka'bah.

Pada masa Raja Faisal ,Maqam Ibrahim dikelilingi bangunan kecil beratap yg dikurung dengan marmar seluas 130x180 cm dengan ketinggian 75cm.

Allah berfirman , "Disana terdapat tanda yang jelas ,(diantaranya) Maqam Ibrahim . Barang siapa memasukinya (Baitullah) amanlah dia. Dan (di antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji keBaitullah ,yaitu bagi org-org yg mampu mengadakan perjalanan kesana.Barang siapa mengingkari (kewajipan)haji,maka ketahuilah bahwa Allah Mahakaya(tidak memerlukan sesuatu)dari seluruh alam ". Ali Imran 97.

Nota :Orang - orang yang mampu adalah mereka-mereka yang sangup mendapatkan perbekalan dan alat - alat pengangkutan serta sehat jasmani dan perjalanan pun aman serta keluarga yg ditinggalkan terjamin kehidupannya.