Tuesday, July 26, 2011

Petikan dari Buku-Imam Yang Benar oleh Abdul Latip Talib.

Tertarik dgn kata oleh Imam Malik seperti yang tertulis dalam buku ini : Kata Imam Malik pada utusan Khalifah Harun Ar-Rasyid-(khalifah minta utusannya menjemput Imam Malik keBaghdad utk mendengar Imam malik membaca kitab al-Muwattak) ; " Sampaikan salam saya kpd Khalifah Harun Ar-Rasyid , dan sampaikan juga pesan saya , bahawa ilmu pengetahuan itu perlu didatangi bukan disuruh mendatangi ".

note : Memahami sekarang kata-kata sama diberi padaku oleh dua rakan ustazahku.Subahanallah.

Petikan Penulisan dari buku.

Pada musim haji khalifah Harun AlRasyid pergi mengerjakan ibadat haji. Beliau singgah diMadinah bagi bertemu Imam Malik.Khalifah memberitahu Imam Malik utk kerumahnya utk mendengar Imam Malik membaca kitab . Iman Malik memberitahu khalifah yg rumahnya yg tidak sepadan utk menerima seorg Amirul Muminin .

Khalifah memberikan sejumlah wang , (saya terkedu dgn kata2Imam Malik ),"Amirul Mukminin ,saya lebih selesa dgn kehidupan saya dan rumah ini adalah rumah sewa.Bukan hak milk ku,Tambahan pula umur saya yang dah tua,bila2masa malaikat amut akan mencabut nyawaku dan aku akan dipindahkan kekubur yg gelap dn sempit."Khalifah Harun Ar-Rasyid termenung seketika.

Imam Malik ambil juga wang itu tetpi disedekahkan kpd Fakir Miskin dan sedikit utk dibelikan perabot-perabot.

Khalifah menjemput Imam malik Istananya,pada mulanya Imam enggan,tetapi akhirnya berangkatlah juga Imam Malik menunaikan jemputan oleh Khalifah.Tetapi Imam Malik bertegas kehadirannya bukan utk membaca kitab,sekadar memenuhi undangan seorg pembesar Negara.
Khalifah ingin tahu sgt memgapa Imam enggan membaca kitab ditempatnya Imam menjawab, " Amirul Mukminin , Demi Allah yg mengangkat khalifah dgn jawatan yg mulia ini,saya harap jgnlah khalifah menjadi org pertama yg tidak menghormati ilmu."
"Saya bimbang Allah nanti akan merendahkan kedudukan khalifah.Sesungguhnya saya tidak menolak permintaan khalifah ,hanya saya berharap khalifah menghargai ilmu supaya Allah menghargai khalifah" Kata Imam Malik.

Khalifahpun mendengar nasihat-nasihat Imam , dan beriringan ke kediaman Imam Malik utk mendengar kitab Al-Muwattak....tetapi apabila penuh rumah Imam Malik . khalifah ,meminta semua keluar,Imam Malik pun berkata, " Amirul Mukmini, Allah mengurniakan ilmu kpd sekalian manusia,sekiranya org ramai tidak diber izin sama-sama mendengar isi kitab ini . pasti Allah tidak memberi rahmat dan berkat kerana didgr oleh seorg sahaja".

Khalifahpun akur dgn kata-kata Imam Malik, Imam Malik pula meminta org lain membaca kitab itu dgn berkata ," Pada hari ini saya dan khalifah sama-sama mahu mendengar org lain membacakan kitab AlMuwattak ".

Dengan mendengar kata-kata Imam Malik,Khalifah terus turun dari tempat duduk khas dan duduk dilantai bersama org ramai.

Note : Al Muwattak bererti Yang disepakati @ tunjang yang mengandungi hadis dan fikah oleh para ulama.

No comments:

Post a Comment