
Monday, February 20, 2012
Saturday, February 18, 2012
Hari perhitungan...
Insyirah ayat 5
Hargailah...
Friday, February 17, 2012
Thursday, February 16, 2012
Tiang Agama
Wednesday, February 15, 2012
Iman
Lelaki budiman
Hormati wanita &
Ya Allah Berilah lah Rahmat


Dengan Nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani.
Selawat dan Salam keatas Nabi Rosullullah SAW , Nabi akhir Zaman
Ya Allah berilah RamatMu pada Arwah ibuku yang amat ku sayang dan ku sanjungi serta ku kagumi,
Bondaku Almarhumah Hjh Satimah Bte Tanawi ( Serta ayah Tirinya Hj. Tahir Dan Ninda KandungKu Hjh Murshidah Bte Rashid )
Serta:
Ayahandaku yang amat ku kasehi dan hormati AlMarhum Bilal Hj Ahmad Bin Dana Tirta.
Juga kpd Almarhumah Mertuaku Hajah Inap bin Hj Dahalal Serta Ayah Mertua Almarhum Hj Kasim bin Simat.
AlFateha Semoga Roh mereka-mereka yang amat ku cintai ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amiin.
Saw this
Baca
Penghulu Doa

Ertinya : Ya Allah ,Engkaulah Robbku tiada tuhan yg layak ku sembah melainkan Engkau
Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMU.Dan Aku tetap diatas perjanjian dan taat setia terhadapMu dengan segala kemampuan ku.
Aku berlindung dgn MU daripada kejahatan yg aku lakukan.Aku mengakui segala nikmatMu kpd ku & aku mengakui dosa-dosa yang aku lakukan.Oleh itu Ya Allah,Tuhan seru sekelian Alam,Yang Zatnya Maha Pengampun Maha pemberi Kasih Sayang- Ampunkanlah aku Ya Robbku.
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa keculi Engkau.
Maha Pemberi kemaafan.
Amiin.
Riwayat Imam Bukhari mengatakan Rosulullah SAW Bersabda : Sesiapa amalkan setiap pagi dan petang dengan penuh insaf dan ikhlas tatkala matinya adalah kalangan ahli syurga
Wallahhu'alam.
Amalkan....
Amalkan
Tuesday, February 14, 2012
Ketahuilah : Solat
Never mind who !
Cabaran

Kehidupan ada lah putaran jam...
Sejak kita dilahirkan.
Detik demi detik,
saat demi saat
minit keminit......
terus bergerk tanpa henti .
Bersama degupan jantung !
Bila jam mati,ia tanda tiada beteri.
Appaaaa itu LoW Bet....hahaha.
Jantung kita...pemegang nya !
Yang Maha Esa.
Beterinya dari keajaipan DIA Yang maha Pemurah.
Bila DIA kata berhenti ! Berhentilah ia !
Tiada Bateri yang bolih diganti !
Awas itu !
Maka bila kita tahu itu,
apa seharusnya kita lakukan.
Apakah tidak sedar, dunia ini sebentar saja.
Semua dari kuasa keajaiban Yang Maha Bijaksana.
Ada nya kehidupan yang lebih kekal.
Makanya harus diperbaikki segala amalan.
Harus melakukan kebaikkan
Dari seawal di bangunkan hingga kesaat dimatikan , ada dua.
Sebentar di kamar ketiduran dan selama dibumi kuburan !
Takut ?
Ya Allah Bantulah Kami yang sentiasa miskin dgn kebaikkan,
kayakan kami dgn amal kebajikan.
Bantulah kami ke Jalan Engkau yang Engkau Redhoi.
Dekatkanlah kami dgn rahmatmu dari kami hidup hingga kami di jemput pergi.
Ya Hai yu Ya Qoiyum.....Biroh matika Astaghi Aslilih lii syaghni kullahu.
Wala takilnii,illa nafsi tor fatar'aini.
Wahai Tuhan yang hidup dgn dan bangun dgn sendirinya.Dgn rahmatMu kami mohon pertolongan,Engkau baikkanlah urusan hidup kami keseluruhannya.Jangan biarkami sendirian walau sekejappun.Bantu kami semoga Engkau sentiasa bersama kami.Amiin.....
Wahai hati

Wahai hati ,
Jgn terlalu memikirkan kisah silam,
itu hanya akan membawa kpd kegusaran.
Biar kita sibukkan memikirkan hari ini dengan senyuman.
Esok , biar kita iringi dengan doa kebaikkan.
Jangan dibiarkan hati terus gundah gulana,
Akal ada minta kita amal kan ilmu yg tertimba.
Tiada apa yang harus diriasaukan
kerana hidup itu adalah putaran alam.
Allah sentiasa bersama.....
Pasti ada mentari menjenguk setelah awan tebal mengelapkan bumi.
Pasti setelah gugurnya hujan,bumi yang basah akan subur , dan menyuburkan
kehidupan terus makmur.
Jangan dikenang yang pahit pasti akan dibawa arus air pergi jauh.
Jika banjir melanda,
inilah akibat hati yg saratnya duka semalam !
Galilah,sedikit melukakan tapi apabila dalamnya hati pasti mudah kita salurkan
perasaan kedukaan.....pasti dapat menangkung kegelisahan...selepas itu biar ia terus pergi,jgn disimpan dialiran darah...biar ia mengalir ikut pusingan azali...
Terkumuh juga dan pergi...kita senyum itulah penawar.
Bersihkan dgn Zikrullah,padamkan dgn bacaan AlQuran dan solat2yang diFardhukan.
Buat kebaikkan,hati akan senang dan tidak kelam.
Wahai hati bawalah kebaikkan pada diri .Hilangkan segala perasaan benci dan iri.
Tenanglah agar kehidupan penuh kerahmatan dari Illahi.
Amiin.
Zikir Ya Haiyu ya Qoiyum
Wahai tuhan yang hidup dan bangun dgn sendirinya.Dengan rahmatMu kami mohon pertolongan.Engkau baikkanlah urusan hidup kami keseluruhannya.Jangan biarkan kami sendirian walau sekejap pun.Bantulah kami dan sentiasalah bersama kami.
Ampunkan kami Ya Allah....Ampunkanlah Kami Ya Allah...Ampunkanlah kami Ya Allah.......Tuhan Maha Pengsih Penyayang.
Amiin...Am,iin...Amiin.....
Ampunkan kami Ya Allah....Ampunkanlah Kami Ya Allah...Ampunkanlah kami Ya Allah.......Tuhan Maha Pengsih Penyayang.
Amiin...Am,iin...Amiin.....
Monday, February 13, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)