Tuesday, February 14, 2012

Wahai hati




Wahai hati ,
Jgn terlalu memikirkan kisah silam,
itu hanya akan membawa kpd kegusaran.
Biar kita sibukkan memikirkan hari ini dengan senyuman.
Esok , biar kita iringi dengan doa kebaikkan.

Jangan dibiarkan hati terus gundah gulana,
Akal ada minta kita amal kan ilmu yg tertimba.
Tiada apa yang harus diriasaukan
kerana hidup itu adalah putaran alam.

Allah sentiasa bersama.....

Pasti ada mentari menjenguk setelah awan tebal mengelapkan bumi.
Pasti setelah gugurnya hujan,bumi yang basah akan subur , dan menyuburkan
kehidupan terus makmur.
Jangan dikenang yang pahit pasti akan dibawa arus air pergi jauh.
Jika banjir melanda,
inilah akibat hati yg saratnya duka semalam !
Galilah,sedikit melukakan tapi apabila dalamnya hati pasti mudah kita salurkan
perasaan kedukaan.....pasti dapat menangkung kegelisahan...selepas itu biar ia terus pergi,jgn disimpan dialiran darah...biar ia mengalir ikut pusingan azali...
Terkumuh juga dan pergi...kita senyum itulah penawar.
Bersihkan dgn Zikrullah,padamkan dgn bacaan AlQuran dan solat2yang diFardhukan.
Buat kebaikkan,hati akan senang dan tidak kelam.

Wahai hati bawalah kebaikkan pada diri .Hilangkan segala perasaan benci dan iri.
Tenanglah agar kehidupan penuh kerahmatan dari Illahi.

Amiin.

No comments:

Post a Comment