Monday, December 14, 2009

Sambung Fadhilat

4.Dapat meringankan siksa kubur.
Dari Anas ra. bahawasanya Rosullullah saw bersabda yang bermaksud: Barangsiapa masuk ke perkuburan lalu membaca suroh YA Sin maka Allah meringankan siksa ahli kubur pada hari itu dan pembacaannya memperoleh kebaikkan sebanyak orang yang ada didalamnya.
(Al Fateha untuk Ninda-Ninda kita dan pak cik pak cik kita yang telah tiada juga muslimin muslimat)
5.Jika dibaca pada malam jumaat maka mendapat keampunan.Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rosullullah saw bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca suroh Ya Sin pada malam Jumaat, maka paginya mendapat keampunan.

6.Dengan membaca suroh Ya Sin dapat memperoleh kemudahan.Disebutkan dalam hadith Ad Darini dariSyahr bin Hausab ia berkata.Ibnu Abas berkata :Sesiapa yang membaca Ya Sin diwaktu pagi , maka akan mendapatkan kemudahan dihari itu hingga ke petang.Dan sesiapa yang membacanya dipermulaan malam maka akan mendapat pada malam itu sampai kepagi.

7.Aurad suroh Ya Sin untuk mendapat berbagai hajat.Dalam kitab Sa'adatud Darain yang diktip dari Minhajul Hanif disebutkan , ada faedah yang besar sekali untuk mendatangkan berbagai hajat dengan aurad Ya Sin.Caranya dengan membaca suroh Ya Sin 7 x sewaktu selesai solat subuh.
Peraturannya(ambil Dari kitab hadiah dari Mak Lang Singapura-Terima kasih Mak Lang-AlFateha untuk Almarhum Pak Lang).
-Bacalah lafaz Ya Sin 7 x
-Bila sampai ayat ke 38 (zalikal tak dirrul 'azizul 'alim) bacalah 14 x.
-Bila samkai ayat ke 58(salamung kau lam mirrobbir rohim) bacalah 7 x
-Bila sampai ayat ke 81(A wa laisal lazi kholaqos samawati wal ardho biqodrin 'ala aii yah luqo mithlahum balaa waahuwal kholqul 'alim)bacalah 12 x

Setelah selesai bacalahBasmallah & suroh AlFateha.Selepas itu mohonlah pada Allah swt akan hajat-hajat kita.Mintalah dengan terang dan bersungguh-sungguh.Asalkan kita minta yang baik-baik bukan yang buruk atau untuk membahayakan orang lain.
Dari Abdullah bin Zubair,bahawa Rosullullah SAW bersabda yang bermaksud :Jika sesiapa menjadikan suroh Ya Sin di permulaan hajatnya ,maka hajatnya akan dimakbulkan .

8.Apabila suroh Ya Sin dibaca ditengah malam sekurang-kurangnya 4 x atau 35 x secara berterusan maka khasiatnya dapat memperluaskan rezeki dan melancarkan datangnya rezeki tentunya setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.Begitu juga jika di baca 41 x.

Yangbaik semua datng dari Allah keran kita manusia yang melakukan kezaliman di atas muka bumi ini.Maka pada Allah kita berserah pada NYA juga tempat kita mohon pertolongan.

Salam Silatur rahim.

No comments:

Post a Comment