Thursday, December 10, 2009

Dunia sementara

Assalamualaikum wbt ank2 ku yang ku kasehi.

Bonda sentiasa mengikuti program motivasi biar dipeti television mahupun di akhbar atau siaran radio.Kegemaran bonda dari radio IKIM, dab Sejak dulu lagi sememangnya bonda suka membaca berkenaan memotivasikan diri.Bonda suka Dale Carnegie dan Richard Carlson.

Terima kasih pada Pn Suzanah Ghazali keran mengingatkan bonda dgn nama besar itu satu ketika dulu,sebab ketika itu kita masih belum ramai Pakar Motivasi.Alhamdulillah sekarang ramai sungguh.Sehingga Cucu saudara sulong bonda Indah Hastuti Jailani juga dah jadi counselour.Oh tak lupa pada Mohd Sharil A Jalil juga.

Oh cepat masa berlalu.Nampak semangkin tua kita.Dulu bonda berjumpa orang ramai,maka bonda suka nak tahu cara-cara berinteraksi dengan khalayak ramai.Benar dgn membaca ia banyak membantu. Ramai pakar-pakar counselour yang bonda minati diMalaysia .Banyak juga bonda perhabis duit untuk buku-buku serupa itu.Pada bonda,bonda suka membaca.Bonda tak pegi ke Universiti.Pembacaanlah yang memberi bonda banyak ilmu.

Pagi tadi melalui siaran TV 9 Dr Rubiah Hamzah bersiaran,bercakap tentang Merawat hati yang luka.Malangnya bonda tidak bersedia dengan buku nota.Terasa rugi.Dgn menonton rancangan ilmu byk yg bolih kita pelajari.Bomnda suka Anak2 mengisikan setiap pagi dgn kata-kata nasihat.Byk sekali.Forum Perdana,Forum Forum diskusi,Halaqah,Semanis Kurma,Tanyalah Ustaz , Motivasi Diri,WHI ,kini 114 sarat dgn rancangan Ilmu serta Agama dan banyaklah yang lainnya.Perut kena kenyang Rohani juga perlu santapan.Kehidupan akan lebih terarah kpd kebaikkan.

Apa yang dapat bonda kutip :kita mesti sentias berfikiran bersih dan positif.Jangan ada sedikitpun perasaan yang akan membawa pada kesedihan sedangkan sepatutnya kita bersedih.Maksudnya mungkin ambil lah segala apa perkara yang berlaku sebagai satu perkara mengajar kita berfikiran terbuka.Jangan fikirkan sangat.Sentiasa bersedia menerima dengan baik.Jangan sempitkan pemikiran.Usah bersedih terlalu lama...kita kena bersiap siaga.

Bak kata Dr Rubiah Hamzah mahu kita cepat mengatasi kesedihan dengan perasaan ceria.Lupakan dan bangun merawat hati kita.Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang mengubati hati kita ini.Jangan terlalu lama melayan emosi.Dr Agm juga ada rumusan tersendiri.Mulakan dari diri kita sendiri,mulai dgn yang kecil dan mulaikan sekarang.Jgn ditunggu-tunggu membuat kebaikkan.Bersihkan hati selalu.

Satu lagi yang ibu kagum ialah Pn Suzanah sendiri yang ibu lihat dia cukup tabah mengharungi dugaan.Sejak keworkshopnya juga yang memberi Bonda banyak inspirasi untuk teruskan sisa kehidupan.Ujian Allah adalah untuk menguatkan kita.Ya Allah mudahkanlah jalan hidup kita semua.Semua yang kita lalui mengajar kita Allah mahu kita dekati DIA.Baiklah kita diingatkan dari kita lupa.Semoga Akhir kehidupan kita Allah pandu kiarah yang diRedhoi dan dirahmati.Dunia Akhirat semua dengan baik.

Jangan diharap sangat orang lain.Walaupun berjumpa counselour,Dr Psykatris satu usaha.Juga bercerita dgn kawan-kawan yang dipercayai.Akhirnya kita lah yang membuat keputusan.Hendak terus bersedih atau mahu keluar dan bergembira utk merasa kebahgian.

Lupakanlah duka nestapa itu.Lagi pula buat apalah nak bersedih dunia ini sementara.
Satulah yang bonda kutip dari semua ini Buat Kebaikan dan kumpullah pahala biar Allah yang menentukan semuanya.Kita diduga kerana Allah nak tinngikan ketakwaan kita pada NYA.

Salam Interaksi.

No comments:

Post a Comment