Saturday, February 11, 2012

Kau lupa



Apa pun - kau telah meninggalkan aku.
kau pergi terus jauh.
Aku tak dapat nak menahan kerana itu kehendakmu.
Tapi aku tahu kau masih berada disitu.
Masih ada disekeliling kami , keluargamu.

Aduhai ,
Dalam hati aku tak mahu begini.
Tapi aku kena kuat utk terus menjalani kehidupan.
Dgn mu....walau sudah terpisah !
Kerana aku tak merasakan kita hilang kerana kau masih ada!
Hanya berjauhan ,ikatan telah terlerai.
Tanggung jawab kita masih sama !
Pelikkan...
Itulah realitinya.

Takapa hilang panggilan sayang utk ku.
Takapa aku tahu bila ku tidur kau tiada
Takapa bila aku makan hanya ank2bersama.
Kau pilih begini
Kau yang mahukan ini terjadi !
Jgn salahkan sesiapa waima Tuhan juga tak saalah.
kau yg pilih kita terpisah begini.
kau pilih cerita ini.
siaplah aku sayangku.

Aku masih sayang kamu
tapi pasrah apa berlaku.
Demi anak2 aku terus berdiri jgn jatuh sepertimu.
Kesian anak2.
Kau telah ditombangkan kegilaan nafsu kawalan syaitan.
Kau kalah pada asakkan perempuan yang hanya tahu kehendak diri!
Kau kalah.
kau hilang diri,lupa bersyukur = tunggulah padah !
aku tak meminta,tapi begitulah yg kau cari.
sebab kau dah lupa,
Inilah jawapan yg kau minta setelah meninggalkan aku.

Aku juga bukan maksum,
Aku ada kesalahan,
Tapi kau merumuskan inilah caranya mengajar aku yg kau kata banyak salahnya.

Aku tahu kau akan hadapi jurang dan masuk kedalam gaung buatan mu.
Bukan salah sesiapa.....inilah jawapan pada yang lupa!

Aku yang kau tinggalkan,
merasa marah tapi tidak berdendam.
Aku sedar ini adalah ujian Allah kerana DIA sayang.
Aku sedar pasti ada sesuatu dalam tersirat rahsia Illahi utk kita.

DIA menyimpannya agar kita menginsafi dan muasabah diri.
Dia mahu kita terus mendekatiNYA.